Followers

Tuesday, June 19, 2012

SAYA SAYANG AWAK… DISEBABKAN SAYANG AWAK, SAYA NAK LEPASKAN AWAK..



Aswad : Hai awak.. maaf sebab lambat..

Wida : Janji pukul berapa? Sekarang pukul berapa?

Aswad : Alaaa.. Relaks la.. Lambat sikit je pun..

Wida : Sikit apa? 30 minit saya tunggu awak tau..

Aswad : Awak… Kadang-kadang kita sengaja melewatkan waktu solat. Sedangkan dulu kita dah pernah berjanji untuk ikut suruhan Dia.. kan? Tapi mulianya Allah masih lagi sayang kita…
Wida : Hhhmm.. Nak jadi ustaz la pulak..

Aswad : Awak.. Kenapa pakai baju macam ni?

 Wida : Khas untuk awak tengok la.. Baru beli kelmarin..

 Aswad : Eh.. Kalau saya yang pakai baju fit, mungkin la ada rasionalnya sebab badan saya tough.. Hehe.. Tapi saya tak nak la pakai ketat-ketat.. Sesak nafas..

Wida : Saya pakai macam ni pun untuk awak ja.. Saya masih pakai tudung tau..

 Aswad : Awak.. Tutup aurat bukan semata-mata pakai tudung. Baju mesti longgar supaya tak nampak bentuk badan. Stokin kena pakai. Aurat tu mahkota wanita, khas untuk suami. Jangan lah nak tunjuk kat saya. Sebab saya belum sah jadi suami awak.

 Wida : Hmmm.. Yelaa…

 Aswad : Saya ingat nak bawa adik saya tadi.. Dapat dia teman kita sambil jumpa bakal kak ipar dia ni..

 Wida : Alaaa.. Nak dating pun awak masih nak bawa orang lain join kita? Kacau daun la nanti..

 Aswad : Awak.. Tak manis kita berdua je.. Sedangkan orang tengok kita dah rasa tak sedap. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat tu tengok kita.. Awak tak segan ke?

 Wida : Ermmm….

 Aswad : Family awak tak marah ke keluar jumpa saya ni?

 Wida : Diorang kan dah lama tau kita bersama. Takkan nak marah kot..

 Aswad : Takkan tegur sikit pun tak? Yela.. Kita asyik dating je.

 Wida : Kalau awak dah bosan dengan saya, cakap je! Tak perlu guna alasan family saya ok!



Aswad : Saya bukannya bagi alasan. Kita dah lama couple tapi nikahnya tak. Semakin lama semakin tak selesa saya dibuatnya. Kalau setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat diberi pahala.. Agak-agaknya setiap langkah kita untuk berjumpa berduaan kat taman ni diberi apa ye?

 Wida : Err.. Cukup! Awak ni kenapa? Dah banyak berubah saya tengok. Dah tak sayang saya ke? Ke dah ada perempuan lain? Jawablah!

Aswad : Memang saya dah banyak berubah… Saya sering lalai ingat pada Allah.. Allah beri macam-macam nikmat pada saya tapi saya buat tak kisah je semua tu. Dulu kalau awak tak balas mesej saya sebab merajuk dengan saya, saya dah gelabah.. Tapi bila saya dapat rasa yang saya jauh dari Allah, saya buat biasa je… Allah masih lagi sayangkan saya… Allah beri nikmat kasih & sayang dari awak. Saya bersyukur dapat kenal awak tapi malangnya awak tak menjaga saya sebaiknya. Awak tak sepatutnya mulakan semua ni dulu.. Saya nak kembali kepada fitrah sebab ingin berubah.


Saya memang ada perempuan lain. Dah lama saya ada perempuan lain tapi saya baru perasan kehadiran perempuan yang amat saya sayangi tu. Saya amat sayangkan mereka.

 Wida : Mereka? Sampai hati awak! Dasar playboy!

 Aswad : Saya memang ada perempuan lain. Ibu saya yang lahirkan saya. Sejak dalam perut lagi, dia amat sayang pada saya. Dia jaga saya dengan sebaiknya. Tapi bila saya dah besar, saya tak jaga dia pun. Saya sanggup melawan cakap dia semata-mata nak ikut kawan & nak jumpa awak. Ibu selalu pesan macam-macam tapi saya tak dengar pun. Saya dengar cakap awak je. Bila awak merajuk dengan saya, saya pujuk beriya-iya. Tapi bila ibu terasa hati dengan saya, saya cakap “entah pape la ibu ni”. Kalau dengan adik & kakak, lagi teruk saya layan.. Kejamnya saya..

 Saya sayangkan awak, tapi..

 Wida : Tak payah nak tipu! ( Wida terus memotong apa yang ingin dikatakan oleh amir pada dirinya…)

Aswad : Saya sayang awak… Disebabkan saya sayang awak, saya nak lepaskan awak. Saya tak nak awak terus hanyut dengan saya. Kita buatlah haluan masing-masing. Kenal diri kita. Kenal Allah. Ingatlah walau apa yang kita buat, Allah tak pernah lupa kita. Sentiasa kita dapat nikmatNya. Saya nak korbankan semua ni kerana Allah sebelum Allah betul-betul tak hiraukan kita & terus biar kita hanyut dengan duniawi…

 Wida : Awak!! Kenapa sekarang??? (Air mata Wida mula menitis di pipinya..)

 Aswad : Kerana Hidayah dari Allah tak datang selalu. Hanya datang pada orang yang dipilihNya. Saya taknak nanti Allah tarik balik hidayahNya ini.

 Wida : Saya sayang sangat kat awak.. (Wida mula mengesat air matanya…)

 Aswad : Allah lebih sayangkan awak dan amat sayang pada kita…


Wida : Awak… Tak kesian kat saya ke?

 Aswad : Saya lebih kesian pada awak jika awak diseksa di akhirat nanti kerana saya. Saya tak mampu nak tolong awak lagi pada waktu itu.. Saya minta maaf teramat sangat.. Saya terpaksa lepaskan awak kerana Allah… Biarpun sekarang awak tak redha dengan perpisahan ni, tapi InsyaAllah berkat keredhaan Allah dengan usaha kita yang sakit keranaNya, awak akan faham juga nanti. Terima kasih untuk segalanya.. Jaga diri awak sebaiknya untuk Allah.. Assalamualaikmum…

 Aswad melangkah pergi dengan sepenuh kekuatan dipendam dalam diri agar tidak menoleh ke belakang untuk melihat Wida yang pastinya sedang terseksa dengan perpisahan ini. Air mata jantan Aswad akhirnya jatuh jua kerana kesungguhannya melepaskan sesuatu yang disayangi kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah SWT.



Nuna Myera PunYa pic...

 maLam BBQ dgn BebUdak TM..
 Pic Neyh tiMe baLik dri Penang..~ Penat dol...haha wat terUk
sikit...
 waa~~ Neyh lau cik ya Tgok neyh mampus aQ..tUmpang
meja sat wat Keja...ada gaya Lec x...hehehe..
 giLa Camera.~~ 
 b4 final..bz plak dgn 5s..hok belakang tu cIk Niza aQ..

 hok Neyh dalam BiLik server..hehe..saMbil2 Dok Tgu Cik Niza
nk wak kami g MiNum...
 dah Bosan Sgt la toO...
Neyh Kat jiTra Mall..g Men BowLing dgn cik2 Tm.mmg SyOk
..

Friday, June 8, 2012

Ohhhh..MG...!! exAm .!!


Arhhh..Neyh la yg paling aq xsKa..tension lau BEnda Ne mai..hahaha..btw..aq Kena gak ambek Port...!!!Exam..~~ exAm..~~ 2 hari jew lagi nk start..pas2 aq dah Nk blah dri Penjara ne..haha..tp nti2 msti Rindu kt tmpat Neyh...selalu nye cam tu la kan...ohh..Cik Hamid..ayahnda KesayangN budak2 kt Sne...hahaha..lol..~~ Nk exam Pun leyh dok gegeh2 on9 ag...hahaha..tp nak wat cam Ner..xleyh nk buang tabiat neyh...Nuna Myera gogo Fighting..!!! jiAyoo..!! GambAtte!!GudLuck 4exam naaa....!!hehehe..

Friday, May 25, 2012

TunjUkKan AKu JaLAn Ke Syurga...

Hai..assaLamuaLaikum..:-)
Minggu lepas..aKu join kuLiah mghrib kat Tempat stdy aq..Lepas hbis kuLiah tu UstAzah aKu kenalKan satu buKu yang dia Nak aKu n kWan2 Baca dAn ambil pngajaran yang Ada dlm buKu terSebut.."TUNJUKKAN AKU JAlAN Ke SYURGA"..

lau xsiLap aKu da 23 buah cerita meNarik dan setiap satunya berkisar kepada pengalaman2 aneh, yang MenakutKan dan leyh wat kita insAf lpas Baca....

PasTo menceritakAn pLAk kisah2 diantara mereka yang memilih jalan ke kiri, sebahagian lagi memilih jalan ke kanan. Tidak kurang juga yang memilih jalan bersimpang siur, hingga akhirnya tersesat dan tercari-cari jalan pulang. Mereka ini mencari-cari jalan ke syurga namun sayang, ramai yang tidak menjumpainya.

Sebahagian daripada kisah-kisah menginsafkan ini pernah disiarkan oleh majalah Mastika, manakala sebahagian lagi adalah cerita-cerita baru yang dipaparkan khas untuk buku ini....sbnArnya Aku pun Lum Baca lg..beLi Pun beLom Lagi sbb xdAn..terperap jew dLm asrAma neyh...hihihi..tp aKAn jua Aku milikiNya...Insyaallah...

SahaBat ...


wiTh My BFF PuTeri

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.
Najwa LAtif Feat SyamKamarul n sLeeq

Thursday, May 24, 2012

RahsiA tarikh Lahir Saya..hehehe..



Hok Ne Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Bulan Kelahiran oleh Dr Fadhilah Kamsah...
hehe..xla suma yg betul..sJa nk share2...

SEPTEMBER sja yea..

sangat besopan santun dan betolak ansur sangat cermat, teliti, dan teratur suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik pendiam tetapi pandai bercakap sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui banyak berfikir daya penakakulan yang baik otak bijak dan mudah belajar suka mencari maklumat mengawal diri dari selalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia sukakan sukan, hiburan, dan melancong kurang menunjukkan perasaan lama menyimpan jika terluka hati ter lalu memilih pasangan sukakan benda yang luas bersistematik ...

Wednesday, May 23, 2012

kisah 7 pemuda tidur selama 309 tahun



Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.
Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya.

Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh.
Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun.
Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama.

Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan.
Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.

Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu.
Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku.


Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu.
Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu.

Kisah Ashabul kahfi disebut oleh Allah dalam Surah Al-Kahfi ( ayat 9- 26 ) iaitu kisah pengalaman sekumpulan hamba Allah yang soleh ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua.
Menurut Ulama tafsir, para penghuni gua itu berjumlah tujuh (7) orang . Mereka dipercayai hidup dalam zaman Maharaja Dikyanus yang menyembah berhala dan dikenali sangat bengis dan zalimnya.

Kerana enggan tunduk kepada perintah Dikyanus yang menyembah berhala, tujuh orang pemuda itu pun lari dan bersembunyi di dalam sebuah gua untuk bermalam sementara sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang lebih jauh.

Tetapi bila mereka tidur pada malam itu, mereka tidak tahu bahawa Allah telah menidurkan mereka bukan hanya satu malam tetapi 309 tahun.
Manusia biasa yang tidur selama 309 tahun pastilah mati. Selama itu tubuh mereka pastilah hancur dan pakaian mereka reput. Tetapi Allah memelihara tubuh dan pakaian Ashabul Kahfi itu seperti asalnya. Bila mereka dibangunkan oleh Allah dari tidur itu, dan melihat perubahan besar yang berlaku di negeri mereka , barulah mereka sedar bahawa mereka telah tidur di dalam gua itu terlalu lama.

Sebaik mereka terjaga dari tidur, terasalah perut mereka lapar. Mereka memutuskan untuk mengirim seorang daripada mereka pergi ke bandar membeli makanan. Tetapi malangnya, mata wang yang mereka berikan untuk membeli makanan itu tidak laku lagi pada masa itu dan tidak diterima oleh penjual makanan.
Mata wang itu sudah berusia 300 tahun. Raja zalim yang mereka takuti dahulu pun telah mati dan penduduk negara itu semuanya telah beriman kepada Allah. Maka tidak perlu lagi mereka bersembunyi di dalam gua itu.
Bila kisah pengalaman yang luar biasa ini diketahui oleh orang ramai, mereka berduyun-duyunlah datang ke gua itu untuk menyaksikan sendiri kejadian yang menakjubkan itu.
Apa yang terjadi selanjutnya pada kumpulan pemuda Ashabul Kahfi itu tidak dijelaskan oleh Allah seterusnya. Mungkin Allah mengisahkan pengalaman ganjil itu semata-mata untuk memberi amaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya kepada sesiapa apalagi kepada hamba-hamba-Nya yang sangat dikasihi, walaupun perkara itu tidak terfikir oleh manusia boleh berlaku.


Bagaimanapun, Allah menyebut tentang perselisihan yang terjadi diantara penduduk negara itu tentang hasrat mereka hendak mendirikan sebuah rumah ibadat sebagai kenangan dari kejadian ganjil itu disitu.

Menurut ulama tafsir, perselisihan diantara penduduk negara itu berlaku hanya sesudah para penghuni gua itu diwafatkan oleh Allah ( sesetengah pihak percaya mereka itu masih hidup dengan kuasa Allah juga). Perselisihan mereka itu malah berlaku juga tentang jumlah penghuni-penghuni gua itu sebenarnya, dan tentang jumlah masa yang tepat mereka tidur di dalam gua itu.

Seorang penafsir yang bernama Fakhrur Razi merumuskan bahawa ayat-ayat yang mengisahkan keganjilan Penghuni Gua itu adalah bukti yang jelas adanya Karamah yang diberikan oleh Allah kepada para Aulia yang dikasihi-Nya.

Tuesday, May 22, 2012

Sepagi berSama...

Neyh seBhagian SenaMan sebelum kami berkawad...kekeke..dan lg Noh...
xHabes2 Dgn peAce deme..
disebabkan aq yg pLing tggi Maka aq di depan...hokhokhok...
hOk Neyh roOmAte Aq...Sengeh sgUh La dya..BngGa dPt SnaP piC dgN aQ...~ Omg..!
neyh GenG BudAk KuaLa Muda..hehehe...

Tuesday, May 1, 2012

Si cOmeL ...Puteri Aina Sofia....


hahaha..cOmel hidung Aina cAm abaH dya..kekeke..
suKa sgt La lau owg Bek pic dya....
aiNa sUka tgOk pic Dya dAlam Fon..
besaU beNo mata Aina neyh
huhuhu...Pndai Lak Dya Wt MuKa Noh...arhhh..Rindu Nye kat aina..sKun dah 4 buLan...mkin Tembam sikit..tp kuat Nages Cam iBu dya time Kecik2 dLu..hahaha..biLa dya tgok aq jew Msti mata dya automatik Bulat...hahaha..cAm tgOk hanTu...pas2 dya terus nages...aduyaiii...susah jgak nk Jaga ank saudara aq yg sorg ne...tp dah 2 hri dgn aku..dah leyh mesra...dah xneges dah bila aq peLuk dya...tp Aina Bila Nk ada rmbut ne...?? hahaha..

kenapa Tak Rogol saya


Jom kita baca satu kisah yang benar-benar berlaku di US tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Saya ambik cerita ni dari Facebook yang dikongsi oleh seorang kawan dan disebarkan untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.



Ceritanya berbunyi:

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.

Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Moral daripada cerita ni:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya. Semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam..Amin....

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.
Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.


Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.

Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya. "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.


Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.


Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Sunday, March 4, 2012

3 Jodoh...


JodoH syaitan
Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya si perempuan mengandung. Baru kamu menikah.

JodOh Jin
jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan perempuan tersebut, tapi perempuan tersebut tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar perempuan itu suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

JodOh ALLAH..
,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang perempuan itu dan perempuan itu terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.

Tuesday, February 28, 2012

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin.

Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama

saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana

itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi

itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya

setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni

macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah,

sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,”

balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar

pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju

untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya

baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit,

saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui

saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang

hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.

Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya.

Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian

meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah

itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh.

Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh

macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya,

Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat

yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan

penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang,

terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam

lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga

sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah

banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi

sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan

kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu

bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak

puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas

tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang

dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil

dan besar seperti bisul tumbuh merata,kaki hingga

ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang dating

melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi.

Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu

untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang

mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi

ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya

secara berhadapan.



Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.

Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hamper

botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang

hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.

Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia

awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an.

Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari

semakin banyak rambut Niza gugur Dalam waktu yang

sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi

lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di

penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah

dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain?

Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin.

Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan

penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura.

Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di

Habiskan namun pulang dengan hati kecewa.

Doktor di Negara itu juga tidak dapat mencari

penawar keadaan penyakit

berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah

teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau

dan menangis-nangis.Jadi, saya harap ustaz dapatlah

tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya

mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.



Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin

tahu mula bercambah kerana berdasarkan

pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa

seseorang yang meracau dapat

membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa

meracau itulah dia meluahkan segala yang

terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta

ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .

Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang

dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak,

menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama,

dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk

ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil

mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan

pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai

ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil

membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut

pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif

sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita

berselimut paras dada terbaring mengiring

mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan

sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza

menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat

menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang

menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala

tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang

dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung

dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama

menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya.

Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya,

saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya

nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti

awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak

sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan

itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu

memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk

bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu

Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di

turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa

atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya,

adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik

dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan

Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar

dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya

sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi

bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin

menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan

saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza

kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau

yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan

solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan

isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari

kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih,

seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya

dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya

minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada

saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air

maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula

kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia

lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan

ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan

saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah.

Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan

sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal.

Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja,

malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-

banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz.

Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama

ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan.

Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah.

Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa

sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar

ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana

Arifin

bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan

setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,

”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan

isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar

meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan

daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal

tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula

sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi.

Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus

azab menanggung seksaan sakaratulmaut

, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh

dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya,

ustaz mau

saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang

agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,

” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi

kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah.

Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih

baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza

akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul

dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan

hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga.

Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga

kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim)

sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya.

Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih

beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia.

Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari

kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak.

Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta

ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka.

Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan

saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,

tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi

dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz,

saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk

masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham

isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.

Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan

pandang hanya pada rupa.