Followers

Tuesday, February 28, 2012

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin.

Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama

saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana

itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi

itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya

setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni

macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah,

sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,”

balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar

pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju

untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya

baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit,

saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui

saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang

hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi.

Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya.

Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian

meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah

itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh.

Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh

macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya,

Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat

yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan

penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang,

terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam

lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga

sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah

banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi

sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan

kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu

bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak

puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas

tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang

dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil

dan besar seperti bisul tumbuh merata,kaki hingga

ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang dating

melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi.

Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu

untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang

mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi

ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya

secara berhadapan.



Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.

Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hamper

botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang

hingga menampakkan kulit kepala yang memutih.

Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia

awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an.

Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari

semakin banyak rambut Niza gugur Dalam waktu yang

sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi

lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di

penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah

dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain?

Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin.

Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan

penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura.

Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di

Habiskan namun pulang dengan hati kecewa.

Doktor di Negara itu juga tidak dapat mencari

penawar keadaan penyakit

berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah

teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau

dan menangis-nangis.Jadi, saya harap ustaz dapatlah

tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya

mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.



Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin

tahu mula bercambah kerana berdasarkan

pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa

seseorang yang meracau dapat

membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa

meracau itulah dia meluahkan segala yang

terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta

ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .

Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang

dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak,

menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama,

dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk

ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil

mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan

pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai

ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil

membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut

pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif

sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita

berselimut paras dada terbaring mengiring

mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan

sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza

menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat

menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang

menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala

tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang

dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung

dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama

menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya.

Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya,

saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya

nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti

awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak

sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan

itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu

memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk

bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu

Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di

turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa

atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya,

adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik

dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan

Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar

dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya

sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi

bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin

menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan

saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza

kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau

yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan

solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan

isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari

kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih,

seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya

dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya

minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada

saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air

maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula

kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia

lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan

ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan

saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah.

Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan

sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal.

Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja,

malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-

banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz.

Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama

ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan.

Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah.

Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa

sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar

ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana

Arifin

bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan

setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,

”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan

isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar

meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan

daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal

tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula

sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi.

Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus

azab menanggung seksaan sakaratulmaut

, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh

dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya,

ustaz mau

saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang

agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,

” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi

kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah.

Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih

baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza

akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul

dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan

hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga.

Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga

kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim)

sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya.

Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih

beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia.

Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari

kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak.

Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta

ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka.

Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan

saya sambil menangis dan kemudian minta ampun,

tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi

dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz,

saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk

masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham

isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.

Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan

pandang hanya pada rupa.

Monday, February 27, 2012

Jangan Pandang Remeh Ucapan SALAM..!!


Nabi saw bersabda:

والَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا وَلاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلىَ شَيْءٍ إِذَا ف

َعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشوا السَّلاَم بَيْنَكُمْرواه مسلم

Maksudnya: ‘Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, kamu tidak masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi kamu tidak berkasih sayang, mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya akan membawa kasih sayang di antara kamu ? Tebarkanlah salam sesama kamu’. Dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:

يا أيها الناس، أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلامرواه ابن ماجه

Maksudnya: ‘Wahai manusia, tebarkanlah ucapan salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), hubungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera’. Marilah sama-sama kita renungkan betapa besarnya fadhilat mengucapkan salam. Mengucapkan salam merupakan di antara sebab yang memungkinkan seseorang itu memasuki syurga Allah yang diimpi-impikan. Akan tetapi, amat malang sekali apabila kita dapati dewasa ini ramai di antara umat Islam yang memandang remeh tentang ucapan salam ini lantas meringan-ringankannya, sedangkan pahala di sisi allah bagi orang yang mengucapkan salam amatlah besar. Justeru, janganlah kita tergolong dalam orang yang rugi, sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh Allah ini dengan kita mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang yang kita kenali atau pun tidak, dan kepada orang kaya mahu pun miskin. Ucapkanlah salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita benar-benar dapat mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan. Janganlah kita menjadi seperti sesetengah orang yang juga mengucapkan salam, tetapi sekadar mengucapkannya ibarat melepaskan batuk ditangga iaitu dengan tiada kesungguhan, tiada keikhlasan dan ucapan salam yang tidak betul dan tepat mengikut makhrajnya. Oleh kerana ingin cepat, ada yang sekadar menyatakan ‘samaikum’, samakum’, ‘haikum’, hakum’ dan sebagainya. Apa ertinya ucapan-ucapan ini yang langsung tidak mengandungi ucapan salam sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’. Bukannya susah untuk kita mengucapkannya dengan betul iaitu sekurang-kurangnya ‘assalamu ‘alaikum’. Oleh kerana ucapan salam yang telah diucapkan sebelum ini tidak bertepatan dengan kehendak syara’, maka kita dapati ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna, serta tidak dapat menjalinkan kasih sayang di antara sesama muslim.

perSahaBataN


Persahabatan itu seperti tangan dengan mata.. Saat tangan terluka, mata menangis.. Saat mata menangis, tangan menghapusnya.. Persahabatan itu seperti mulut dengan telinga.. Saat mulut tidak bisa berkata, telinga tidak bisa mendengar.. Saat mulut berbicara, telinga mendengarnya

Menjaga Hati Ibu Bapa..

Ney Mak dAn aBah aKu..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…

Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…”

~ Aduhai Ikhwanul Muslimin….Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita…kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya…:sad:

Beristighfarlah…beristighfarlah…
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya, atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Maka inilah saatnya untuk kita memohon keampunan daripada mereka….marilah kita sama2 berbakti kepada orang tua kita…walaupun seumur hidup kita tidak akan mampu membalas jasa2 mereka…tetapi sekurang-kurangnya, bahagiakanlah mereka…curahkanlah kasih sayang kepada mereka…Siapa tahu, esok lusa…mereka akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya…Percayalah bahawa anak yang derhaka, siksanya didahulukan di dunia ini…:sad:

InsyaALLAH, mudah-mudahan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita semua…
wallahu’alam….


Sunday, February 26, 2012

Mitos melayu Yang Seram


Entri nie pasal hantu. sebenarnya dalam kalangan masyarakat Melayu terlalu banyak dibayangi dengan pelbagai jenis hantu. Hantu2 ini akan mengganggu dengan pelbagai cara mengikut jenis dan serangan. Ada kajia menyatakan bahawa, belum ada manusia mati disebabkan oleh hantu. Sebagai umat Islam, kita patut lebih takut kepada azab dan seksaan akhirat sekiranya kita ingkar dengan perintah Allah

Antara hantu-hantu ialah -hantu ini adalah :

Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Pelesit - boleh dipelihara
Hantu air - dalam air
Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Langsuir - perempuan
Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
Bajang - makhluk aneh
Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Hantu Jepun
Hantu bukit
Hantu kubur
Pari-pari
Hantu punjut
Jerangkung
Hantu laut
Hantu galah
Jin Tanah
Hantu Keramat
Hantu Kum-Kum
Hantu Bungkus
Orang minyak
Puaka
Penanggalan
Pocong
Hantu bidai
Hantu kopek
Hantu Tetek
Harimau jadian
Jembalang tanah
Hantu tengelong

Pontianak (wanita berpakaian serba putih membalas dendam)

Pontianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

Polong (hantu belaan)

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut

Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatanPengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.

Toyol

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.

Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (??? ada sesiapa yang tahu, mungkin sekali ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.


Pelesit

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Hantu Pelesit dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.

Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Hantu Raya

Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.

Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya

Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah.
Ia boleh menjelma sebagai manusia.
Ia boleh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam.
Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.
Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawal.

Bagaimana tuan punya menurunkan kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.

Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannya.

Dari segi agama Islam, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.

Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.

Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

Langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.

Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

Pocong

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus..

Pesanan Terakhir Rasullulah S.A.W

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin,

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah :

“Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik.

Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam.

“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)